%0 Generic %D 2025 %F award:372 %I PERPUSTAKAAN CENDEKIAWAN UITMCT KAMPUS DUNGUN %T Jaringan Kolaborasi Strategik Antara Perpustakaan Cendekiawan UiTM Terengganu dan SK Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail %U http://uitmprepo.uitm.edu.my/award/id/eprint/372/ %X Kerjasama strategik antara Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu dan sekolah rendah ini merupakan inisiatif yang bertujuan untuk memperkukuh budaya ilmu dan literasi dalam kalangan murid sekolah. Melalui pelaksanaan Program Jelajah Ilmu, pelbagai aktiviti interaktif dan berimpak tinggi telah dianjurkan bagi menyemai minat membaca, memperkasa kemahiran berfikir kritis serta meningkatkan akses kepada sumber ilmu dalam komuniti. Usaha sama ini bukan sahaja membina jambatan ilmu antara institusi pengajian tinggi dan sekolah rendah, malah turut memupuk semangat kolaborasi, perkongsian sumber, dan tanggungjawab sosial dalam membangunkan modal insan yang berilmu dan beretika. Inisiatif ini selaras dengan matlamat institusi dalam menyokong agenda pendidikan negara melalui pendekatan jaringan pintar yang inklusif dan mampan.