relation: http://uitmprepo.uitm.edu.my/ide/1/ title: PH, BN raih 74 peratus sokongan pengundi Selangor creator: Idris, Rohaniza subject: 320 Political science subject: JA Political science (General) description: SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memperoleh 74 peratus sokongan pengundi di Selangor berdasarkan tinjauan diadakan pada Mei lalu, dengan 68.6 peratus berpuas hati terhadap pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut tinjauan itu yang dijalankan Institut Darul Ehsan (IDE), Perdana Menteri juga meraih 73.4 peratus persepsi positif daripada pengundi di Selangor, manakala 77 peratus pengundi bersetuju Kerajaan Perpaduan perlu diberi peluang mentadbir hingga tamat penggal Parlimen. Sebanyak 39.9 peratus pengundi pula percaya Anwar mampu membawa pembangunan kepada negara, dan 17.6 peratus bersetuju Kerajaan Perpaduan mewakili semua kaum di Malaysia. Pengerusi Eksekutif IDE, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata tinjauan dijalankan dari 12 hingga 15 Mei lalu itu membabitkan 1,693 responden dan dilaksanakan mengikut pelbagai segmen pengundi di 54 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor. date: 2023 type: Article type: NonPeerReviewed format: image language: en identifier: http://uitmprepo.uitm.edu.my/ide/1/1/1129012.jpeg identifier: Idris, Rohaniza (2023) PH, BN raih 74 peratus sokongan pengundi Selangor. BH Online. (In Press) relation: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1129012/ph-bn-raih-74-peratus-sokongan-pengundi-selangor-tinjauan-ide