eprintid: 11
rev_number: 13
eprint_status: archive
userid: 1
dir: disk0/00/00/00/11
datestamp: 2025-03-27 07:45:20
lastmod: 2025-03-27 07:46:44
status_changed: 2025-03-27 07:45:20
type: article
metadata_visibility: show
creators_name: Abdullah, Shuhairimi
creators_name: Hussin, Noor Salwani
creators_name: Tunku Ahmad, Tunku Salha
creators_name: Rose, Nurul Naimah
creators_name: Basir, Siti Nor Ayu
creators_name: Azmin, Adi Anuar
creators_name: Ramli, Abdul Jalil
title: Masyarakat Madani di Malaysia: Satu Penelitian
ispublished: pub
subjects: budaya
subjects: komuniti
abstract: Umum memahami bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah menyebarkan nilai-nilai keperibadian luhur dalam kerangka peradaban manusiawi. Namun begitu, pada zaman dekaden skala nilai yang dimartabatkan secara konkrit telah disongsangkan. Sebaliknya, nilai-nilai hedonistik serta materialistik kelihatan sebagai sesuatu yang agung dan klimaks kepada objektif kebahagian dalam kehidupan. Justeru, apabila jiwa-jiwa manusia melazimi melakukan kesalahan dan kebobrokan, bermulalah proses kejatuhan dan keruntuhan sesebuah tamadun manusiawi disebabkan kehilangan tenaga untuk peningkatan dan diruntun oleh kuasa sakral yang tidak dapat dielakkan. Atas kesedaran itulah, nilai-nilai luhur yang menjadi teras kepada pembentukan negara bangsa perlu diberi nafas semula untuk membugarkan peradaban Malaysia berdasarkan kerangka masyarakat madani. Dalam proses pembangunan manusia, falsafah nilai begitu ditekankan dalam al-Qur’an kepada setiap insan kerana elemen tersebut berfungsi sebagai kawalan rohaniah yang mengawal manusia daripada melakukan pencerobohan yang boleh menggugat kemaslahatan umum manusia. Kelonggaran pegangan nilai-nilai luhur dalam diri manusia akan membuka ruang kepadanya untuk terlibat dalam aktiviti negatif yang menyalahi tuntutan keagamaan dan impaknya turut memberi kesan yang negatif kepada institusi masyarakat dan negara amnya. Atas kepentingan tersebut, Islam begitu memandang serius persoalan nilai-nilai luhur dalam kehidupan manusia disebabkan elemen ini mempunyai peranan dalam mendidik manusia secara zahir dan ma`nawi. Dalam konteks masyarakat dan negara berbilang kaum dan agama, teras tamadunnya haruslah dibentuk daripada unsur-unsur universal, iaitu asas-asas yang diterima sebagai kepunyaan semua kaum dan semua agama. Hanya dengan cara demikian sahaja sesuatu teras tamadun itu boleh menjadi penyatu yang berkesan. Justeru, penulisan artikel ini adalah berdasarkan kepada kajian kualitatif yang memfokuskan kepada kaedah analisis kandungan. Secara umumnya, kerangka asas acuan masyarakat Madani yang dislogan oleh Perdana Menteri masa kini adalah relevan dan realistik untuk dilaksanakan di Malaysia. Tradisi pendekatan pemerkasaan nilai sosial dalam menangani isu-isu besar yang melibatkan kepentingan semua kelompok etnik dan agama, iaitu permuafakatan, pendekatan kepada hikmah kolektif bangsa dan negara yang banyak kebaikan selama ini haruslah dikekalkan dan dipelihara dengan sebaiknya serta perlu diperkukuhkan.
date: 2023
date_type: published
publisher: Centre of Excellence for Social Innovation & Sustainability (CoESIS), Cluster of Human Wellbeing & Gender Equality, Jabatan Bahasa dan Pengajian Umum, Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis
official_url: https://penerbit.unimap.edu.my/images/pdf/SUTERA2023/SUTERA_2023_239-249.pdf
full_text_status: restricted
publication: Masyarakat Madani di Malaysia: Satu Penelitian
volume: -
number: -
article_number: -
pagerange: 1-11
refereed: FALSE
issn: -
madani: daya_cipta
madani: hormat
madani: ihsan
madani: kemampanan
madani: kesejahteraan
madani: keyakinan
agenda: prosperous_future
agenda: problem_solving
citation:   Abdullah, Shuhairimi and Hussin, Noor Salwani and Tunku Ahmad, Tunku Salha and Rose, Nurul Naimah and Basir, Siti Nor Ayu and Azmin, Adi Anuar and Ramli, Abdul Jalil  (2023) Masyarakat Madani di Malaysia: Satu Penelitian.  Masyarakat Madani di Malaysia: Satu Penelitian, - (-): -.  pp. 1-11.  ISSN -     
document_url: http://uitmprepo.uitm.edu.my/ide/11/1/SUTERA_2023_239-249.pdf