TY - INPR UR - https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1306226/ipfn-jadi-pusat-kefungsian-forensik-pertama-di-asia-tenggara Y1 - 2024/10/03/ ID - ipfn2 N1 - In Press JF - Berita Harian Online N2 - KUALA LUMPUR: Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang dijangka siap dibina sepenuhnya pada Oktober 2026, akan menjadi Pusat Kefungsian Forensik pertama di Asia Tenggara. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata pembinaan IPFN yang diselia Jabatan Kerja Raya (JKR) membabitkan keluasan tapak projek seluas kira-kira 1.2 hektar bersebelahan Jalan Tun Razak, di sini. Katanya, IPFN bakal menawarkan pelbagai perkhidmatan perubatan forensik seperti Forensik Patologi, Forensik Klinikal, Forensik Odontologi, Forensik Radiologi, Makmal Forensik Bersepadu, bank tisu dan tulang serta pejabat bagi Pusat Penyelidikan Transplan Nasional (NTRC). "Projek pembinaan IPFN dimulakan pada 12 Oktober 2022 dan dijangka siap sepenuhnya pada 6 Oktober 2026. TI - IPFN jadi pusat kefungsian forensik pertama di Asia Tenggara A1 - Abu Yamin, Essa AV - public ER -