(JKKN) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (2024) Laporan Prestasi JKKN. Working Paper. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kuala Lumpur.
![[thumbnail of Laporan Prestasi JKKN 2023.pdf]](http://uitmprepo.uitm.edu.my/jkkn/style/images/fileicons/text.png)
Laporan Prestasi JKKN 2023.pdf - Published Version
Download (243MB)
Abstract
Mengimbas pencapaian tahun 2023, JKKN telah berjaya menyempurnakan 438 program dan aktiviti dengan pulangan atas pelaburan (ROI) meliputi jualan produk, tiket/pas, masuk/jualan penerbitan, yuran penyertaan dan sewaan ruang sebanyak
RM7,228,722.10, manakala sebanyak RM80,564,260.09 dalam aspek nilai PR. Pelaksanaan 10 Program Pelancongan Budaya di negeri-negeri antara penyumbang terbesar kepada pencapaian 1,080,527 orang khalayak fizikal dan 360,488 orang khalayak maya
menerusi platform media sosial dan JKKN TV.
Peredaran zaman dan perkembangan semasa dengan kewujudan teknologi seperti Artificial Intelligence (AI) yang semakin menguasai dunia sedikit sebanyak memberi impak dan lebih cabaran kepada JKKN terutama dalam meneruskan kelangsungan seni budaya tradisional. Cabaran ini perlu ditangani sebaik mungkin agar keaslian
seni tradisional dapat dikekalkan, namun pada masa yang sama kita harus akur untuk kekal relevan dan dinamik, jabatan perlu memastikan perkembangan teknologi dan pemeliharaan tradisi bergerak seiring mengikut keperluan generasi masa kini. Justeru, menjadi peranan JKKN untuk memperkukuhkan usaha pemeliharaan warisan seni
budaya daripada akar umbi agar ianya tidak lari dalam konteks Malaysia yang sentiasa harmoni dan kaya dengan kepelbagaian seni budaya yang tersendiri .
Details
Item Type: | Monograph (Working Paper) |
---|---|
Creators: | (JKKN) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian |
Depositing User: | Unnamed user with email mohdizwan8733@uitm.edu.my |
Date Deposited: | 04 Feb 2025 01:02 |
Last Modified: | 04 Feb 2025 01:02 |
URI: | http://uitmprepo.uitm.edu.my/jkkn/id/eprint/5 |