TY - RPRT EP - 162 UR - https://www.jkkn.gov.my CY - Kuala Lumpur N2 - Mengimbas pencapaian tahun 2023, JKKN telah berjaya menyempurnakan 438 program dan aktiviti dengan pulangan atas pelaburan (ROI) meliputi jualan produk, tiket/pas, masuk/jualan penerbitan, yuran penyertaan dan sewaan ruang sebanyak RM7,228,722.10, manakala sebanyak RM80,564,260.09 dalam aspek nilai PR. Pelaksanaan 10 Program Pelancongan Budaya di negeri-negeri antara penyumbang terbesar kepada pencapaian 1,080,527 orang khalayak fizikal dan 360,488 orang khalayak maya menerusi platform media sosial dan JKKN TV. Peredaran zaman dan perkembangan semasa dengan kewujudan teknologi seperti Artificial Intelligence (AI) yang semakin menguasai dunia sedikit sebanyak memberi impak dan lebih cabaran kepada JKKN terutama dalam meneruskan kelangsungan seni budaya tradisional. Cabaran ini perlu ditangani sebaik mungkin agar keaslian seni tradisional dapat dikekalkan, namun pada masa yang sama kita harus akur untuk kekal relevan dan dinamik, jabatan perlu memastikan perkembangan teknologi dan pemeliharaan tradisi bergerak seiring mengikut keperluan generasi masa kini. Justeru, menjadi peranan JKKN untuk memperkukuhkan usaha pemeliharaan warisan seni budaya daripada akar umbi agar ianya tidak lari dalam konteks Malaysia yang sentiasa harmoni dan kaya dengan kepelbagaian seni budaya yang tersendiri . AV - public A1 - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian, (JKKN) TI - Laporan Prestasi JKKN PB - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Y1 - 2024/// M1 - working_paper ID - jkkn5 ER -