Dewan Latehan RIDA buat pertama kalinya mengadakan Majlis Konvokesyen pertama menyaksikan seramal 50 orang graduan menerima diploma dan sijil berlangsung pada 19 Disember 1964 disampalkan oleh Y.A.B Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri.
Di dalam majlis tersebut seramai 50 orang graduan lulusan:
i. Kursus Pengurusan Akaun (ICWA Examination - Part 3) - 8 orang
ii.Kursus Setiausaha (CCS Examination) - 19 orang
iii.Kursus Pengurusan Perniagaan (BIM Examination -Part 1) - 2 Orang
iv. Kursus Teringkas - 21 orang
Cogan Kata bagi Dewan Latehan RIDA ialah 'Rebut Ilmu dan Amalkan'.
Y.A.B Tun Abdul Razak Dato’ Hussein memainkan peranan penting dalam penubuhan ITM yang bermula dengan nama Dewan Latehan RIDA pada tahun 1962. Sumbangan beliau bagi memastikan pendidikan dan pencapaian orang Melayu dan bumiputera terbela. Bermula dengan empat (4) kursus yang ditawarkan akhirnya berkembang dan berubah nama kepada Maktab MARA.
Tidak dinafikan, besar peranan Y.A.B Tun Abdul Razak Dato’ Hussein dalam pembangunan ITM. Ini dapat dilihat melalui usaha dan rasa tanggungjawab beliau terutama dalam bidang pendidikan dan sosio-ekonomi. Saksikan pameran maya Sumbangan Tun Abdul Razak Terhadap ITM bermula November hingga Disember 2021.
Duduk dari kiri:
Encik Halim, (Tiada Nama) Ketua Pengawal Keselamatan, Ustaz Wan Sanusi, Encik Ahmad Tamby Kadir, (Tiada Nama), Puan Hajah Paiza Idris, Puan Rashidah, Encik Mokhtar.
Berdiri dari kiri:
Encik Seth, Ustaz Hasan, Encik Zainal Raji, Ustaz Ahmad, Ustaz Kamal, Encik Rosli, Encik Musa, Encik Nasaruddin, Encik Shaharuddin, Encik FG Thomas, Encik Hamdan, Encik Hanafi, Encik Ishak, Puan Wan Hartini, Ustazah Norazizah, Puan Azizah Dollah, Puan Grace, Encik Halim.