Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 UiTM Cawangan Selangor (UCS) Program “ExploraceGet2FIT MERDEKA”

Dublin Core

Title

Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 UiTM Cawangan Selangor (UCS) Program “ExploraceGet2FIT MERDEKA”

Description

Bahagian Infostruktur dan Pejabat Pengurusan Fasiliti UiTM Cawangan Selangor telah menganjurkan program “ExploraceGet2FIT MERDEKA” bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 UiTM Cawangan Selangor. Program ini berjaya meningkatkan kerjasama berpasukan melalui penyertaan kumpulan-kumpulan staf campuran merentas PTJ, sekaligus mengeratkan ukhwah mereka. Pelbagai aktiviti seperti senaman, permainan tradisional, aplikasi digital dan uji minda yang menerapkan elemen patriotisme juga dijalankan bertetapan dengan tema #UCSJiwaMerdeka.

YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS telah sudi meluangkan masa dengan hadir memberi sokongan moral dan menyempurnakan pelepasan seramai 55 orang peserta program. Turut sama adalah wakil barisan pengurusan UCS. Pemenang pertandingan yang dijalankan selama 1 jam itu akan diumumkan pada Majlis Kemuncak Sambutan Bulan Kebangsaan UiTM Cawangan Selangor pada 12 September 2024.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

9 September 2024

Files

125.jpg

Citation

“Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 UiTM Cawangan Selangor (UCS) Program “ExploraceGet2FIT MERDEKA”,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed September 19, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/122.

Output Formats