Bengkel Semakan Status Kemajuan Perancangan Strategik 2024 UiTM Cawangan Selangor

Dublin Core

Title

Bengkel Semakan Status Kemajuan Perancangan Strategik 2024 UiTM Cawangan Selangor

Description

Bengkel Semakan Status Kemajuan Perancangan Strategik 2024 UiTM Cawangan Selangor dijalankan di UiTM Kampus Dungun pada 13 – 16 Oktober 2024. Bengkel ini bertujuan menyemak kemajuan pelan strategik yang telah dirancang pada awal tahun 2024, mengenal pasti kekangan yang dihadapi dan kaedah terbaik untuk mengatasinya, seterusnya merangka pelan penjanaan untuk memastikan UCS memainkan peranan yang relevan dalam membantu UiTM mencapai matlamat UiTM2025.

Bengkel yang melibatkan seramai 34 orang pegawai pentadbir terdiri daripada ketua dan wakil PTJ UCS ini turut disertai oleh barisan Pengurusan Kanan yang diketuai oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS. Kesemua 13 PTJ terlibat telah membentangkan laporan status kemajuan perancangan strategik masing-masing, dimana tahap kemajuan serta pencapaian setiap perancangan telah diukur. Secara keseluruhannya, perancangan strategik UCS berada pada tahap memuaskan dimana 78% PI telah berjaya dicapai sehingga Ogos 2024. Semoga dengan adanya bengkel ini, semua sasaran UCS bagi tahun 2024 yang telah dibukukan akan tercapai dengan jayanya.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

13 – 16 Oktober 2024

Files

139.jpg

Citation

“Bengkel Semakan Status Kemajuan Perancangan Strategik 2024 UiTM Cawangan Selangor,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed December 3, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/130.

Output Formats