Seminar ICT: Memperkasakan Perubahan melalui Transformasi Tadbir Urus dan Operasi ICT 2024

Dublin Core

Title

Seminar ICT: Memperkasakan Perubahan melalui Transformasi Tadbir Urus dan Operasi ICT 2024

Description

Buat julung kalinya, Bahagian Infostruktur UiTM Cawangan Selangor telah menganjurkan Seminar ICT: Memperkasakan Perubahan melalui Transformasi Tadbir Urus dan Operasi ICT 2024. Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Hajah Sariani Sarijo, Pengarah Pengurusan ICT, Jabatan Digital UiTM mewakili YBrs. Profesor Ir Ts Dr Juliana Johari, menjalankan tugas, Ketua Pegawai Digital, Jabatan Digital UiTM.

Hadir sama di majlis perasmian adalah YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS dan YBrs. Puan Alfina Bakar (K.M.N, CHRM) Ketua Timbalan Pendaftar Kanan, UCS. 4 sesi perkongsian dan 1 sesi forum telah berlangsung sepanjang seminar yang melibatkan 64 orang peserta terdiri daripada staf ICT dari kampus UiTM Cawangan Selangor termasuk di Fakulti dan Kolej Pengajian. Seminar diadakan bertujuan memberi pendedahan ilmu baharu berkaitan teknologi terkini, amalan terbaik dan kaedah yang berpotensi untuk diaplikasikan dalam menyokong sistem penyampaian perkhidmatan universiti.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

22 Oktober 2024

Files

145.jpg

Citation

“Seminar ICT: Memperkasakan Perubahan melalui Transformasi Tadbir Urus dan Operasi ICT 2024,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed November 21, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/134.

Output Formats