Pameran dan Pertandingan Inovasi, Invention Innovation & Design Exposition 2024 (IIDEX2024)

Dublin Core

Title

Pameran dan Pertandingan Inovasi, Invention Innovation & Design Exposition 2024 (IIDEX2024)

Description

Sekitar pameran dan pertandingan inovasi, Invention Innovation & Design Exposition 2024 (IIDEX2024) yang diadakan bermula 4 November hingga 8 November 2024 bertempat di Dewan Berlian, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam. IIDEX merupakan acara berprestij tahunan anjuran UiTM melalui Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) yang berteraskan pertandingan inovasi yang berpotensi tinggi untuk dikomersialkan ke peringkat global.

YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor turut meluangkan masa melawat reruai pameran dan menyantuni para peserta yang mengetengahkan hasilan produk inovasi. IIDEX2024 telah menyaksikan sebanyak 331 hasil inovasi dipertandingkan, selain membawa 50 penyertaan biz.spotlight 2024 anjuran Business Innovation & Technology Commercilization Centre (BITCOM), dan 38 penyertaan Disability Invention, Design & Innovation Award (DIDI2024) dalam memperkasakan inovasi dan pemindahan teknologi.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

6 November 2024

Files

158.jpg

Citation

“Pameran dan Pertandingan Inovasi, Invention Innovation & Design Exposition 2024 (IIDEX2024),” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed December 22, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/141.

Output Formats