Kejuaraan Silat Tempur Antarabangsa Terbuka Malaysia 2024

Dublin Core

Title

Kejuaraan Silat Tempur Antarabangsa Terbuka Malaysia 2024

Description

Kejuaraan Silat Tempur Antarabangsa Terbuka Malaysia 2024 yang berlangsung selama empat hari di UiTM Cawangan Selangor telah melabuhkan tirainya dengan majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah. Perasmian disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Amirudin Bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor dan turut dihadiri oleh YB Tuan Mohd Najwan Halimi, Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor.

Menyantuni majlis juga adalah YBhg. Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib, Naib Canselor UiTM, YBrs. Profesor Dr Hj. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (HEP) UiTM, YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, YBhg. Dato Sri Dr Hj Mohamad Ali Mohamad, Timbalan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dan Tuan Mohamad Nizam Marjugi, Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor.

Kejuaraan yang melibatkan seramai 1239 orang peserta ini telah menyaksikan UiTM Cawangan Selangor sebagai institusi pengajian tinggi awam pertama di Malaysia dan di Negeri Selangor yang melaksanakan penganjuran kejohanan silat bertaraf antarabangsa. Semoga sinergi yang telah terbina antara UiTM Cawangan Selangor, dengan Kerajaan Negeri dan Persatuan Sukan, terus diperkukuh dan menjadi titik permulaan kepada penganjuran pelbagai acara sukan yang berprestasi tinggi pada masa hadapan.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

17 November 2024

Files

167.jpg

Citation

“Kejuaraan Silat Tempur Antarabangsa Terbuka Malaysia 2024,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed December 22, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/147.

Output Formats