Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) UiTM bersama MBI

Dublin Core

Title

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) UiTM bersama MBI

Description

Usaha UiTM Cawangan Selangor untuk mempertingkatkan peluang penyelidikan, inovasi, dan pengkomersialan melalui inisiatif UiTM Living Lab@Sabak Bernam diperkukuhkan lagi dengan jalinan kerjasama bersama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor. Satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin Bin Sahib@Sahibuddin, FASC Naib Canselor UiTM, disaksikan oleh YBrs. Prof. Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, manakala pihak MBI telah diwakili oleh Ts. Saipolyazan M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif, MBI dan disaksikan oleh Puan Zannifa Azura Ahmad, Ketua Bahagian Kewangan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Kewangan MBI, sempena International Hospitality and Tourism Conference di Mecrue Living Hotel, Putrajaya.

Memorandum persefahaman (MoU) ini bertujuan untuk berkongsi kepakaran, pengalaman, sumber dan pengetahuan dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan kedua-dua pihak dalam membangunkan serta meningkatkan peluang ekonomi dalam lingkungan SABDA (Sabak Bernam Development Area).

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

3 Disember 2024

Files

174.jpg

Citation

“Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) UiTM bersama MBI,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed January 22, 2025, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/152.

Output Formats