Karnival Casa “Cinemove Unisinema: Suara Tanpa Batas 2025”
Dublin Core
Title
Karnival Casa “Cinemove Unisinema: Suara Tanpa Batas 2025”
Description
ahniah dan syabas kepada para pelajar Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif Produksi Filem dan para pensyarah Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) atas penganjuran Karnival CASA “Cinemove Unisinema: Suara Tanpa Batas 2025”. Karnival yang berlangsung selama tiga hari ini bertujuan untuk menonjolkan bakat-bakat warga OKU yang unik dalam keterbatasan mereka.
Perasmian program yang disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor ini telah menyaksikan penyertaan keseluruhan seramai lebih 3000 orang terdiri daripada pelajar UiTM, orang awam dan pihak industri perfileman. Program ini dilihat sebagai inisiatif murni yang dapat merapatkan jurang dan menzahirkan keprihatinan terhadap golongan OKU, selain menjadi medan membentuk kreativiti dalam pelbagai bentuk.

Source
Unit Komunikasi Korporat
Date
18 Januari 2025
Collection
Citation
“Karnival Casa “Cinemove Unisinema: Suara Tanpa Batas 2025”,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed April 13, 2025, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/165.