Program Eksplorasi Rukun Negara
Dublin Core
Title
Program Eksplorasi Rukun Negara
Description
Program Eksplorasi Rukun Negara yang bertemakan “Meningkatkan Pemahaman dan Perpaduan Masyarakat Muda” berjaya dianjurkan oleh Sekretariat Rukun Negara UiTM Cawangan Selangor, dan telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Hajjah Rohaida Abdul Kadir, Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Selangor.
Turut hadir adalah YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor dengan diiringi oleh barisan pengurusan kanan. Program ini merupakan aspirasi Kementerian Perpaduan Negara dalam memupuk dan meningkatkan kesedaran golongan muda mengenai prinsip-prinsip Rukun Negara dan peranan pentingnya dalam membina masyarakat yang bertanggungjawab dan harmoni. Selain mahasiswa daripada UiTM, program ini turut berjaya menghimpunkan mahasiswa IPTA dan IPTS di Negeri Selangor.

Source
Unit Komunikasi Korporat
Date
19 Januari 2025
Collection
Citation
“Program Eksplorasi Rukun Negara,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed April 13, 2025, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/167.