Bengkel Pensijilan 'Energy Management Gold Standard’ (EMGS)

Dublin Core

Title

Bengkel Pensijilan 'Energy Management Gold Standard’ (EMGS)

Description

Bahagian Pengurusan Tenaga, Pejabat Pengurusan Fasiliti telah berjaya menganjurkan Bengkel Pensijilan 'Energy Management Gold Standard' (EMGS) Di Bawah Inisiatif 'Asean Energy Management Scheme' (AEMAS) UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam dan Kampus Sungai Buloh. Bengkel selama dua hari ini bertujuan mengukuhkan pemahaman dalam pelaksanaan pengurusan tenaga yang lebih efisien untuk mencapai penjimatan tenaga yang optimum. Majlis perasmian bengkel telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor, dengan turut dihadiri oleh barisan pengurusan kanan, dekan-dekan serta 54 orang peserta bengkel dari kalangan warga UiTM Cawangan Selangor.

Memenuhi jemputan untuk menyampaikan ceramah adalah Encik Muhamad Muhtazam Noor Din, Pengurus Bahagian Lestari Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dan Ts. Dr. Mohamad Fani Sulaima, Timbalan Pengarah Center for Smart Environment (CENSEi), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Penganjuran program pensijilan EMGS ini diharapkan bukan sahaja dapat mengurangkan pembaziran tenaga, malah membantu UCS mencapai penjimatan kos serta memenuhi tanggungjawab sosial dan alam sekitar.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

17 Februari 2025

Files

24.jpg

Citation

“Bengkel Pensijilan 'Energy Management Gold Standard’ (EMGS),” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed April 13, 2025, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/170.

Output Formats