Lawatan Fizikal dari Jabatan Bendahari UiTM

Dublin Core

Title

Lawatan Fizikal dari Jabatan Bendahari UiTM

Description

Satu sesi pembentangan permohonan pembelian dan ubah suai ruang dan lawatan fizikal dari Jabatan Bendahari UiTM telah diadakan di UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam. Delegasi lawatan diketuai oleh YBrs. Cik Junita Jamaludin, Bendahari UiTM merangkap Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Bajet Pembangunan dan Naik Taraf Prasarana (JBPNP) bersama wakil Bahagian Belanjawan Universiti dan Bahagian Kewangan Pembangunan Fasiliti.

Hadir menyantuni delegasi adalah YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor, bersama Ts. Zainolasri Abdul Sani, Pengarah Pejabat Pengurusan Fasiliti UiTM Cawangan Selangor, Profesor Dato’ Dr Abu Bakar Abdul Majeed, Dekan Fakulti Farmasi, Profesor Madya Dr Shireena Basree Abdul Rahman, Dekan Fakulti Pendidikan, dan Encik Mohd Nazri Mokhtar, Penolong Jurutera Fakulti Pendidikan. Sesi ini diadakan bagi membuka ruang perbincangan yang konstruktif demi memperkasa pembangunan infrastruktur dan kelestarian fasiliti universiti, serta mendapatkan pengesahan keperluan mendesak di PTJ yang perlu disalurkan peruntukan universiti.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

7 April 2025

Files

51.jpg

Citation

“Lawatan Fizikal dari Jabatan Bendahari UiTM,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed April 13, 2025, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/185.

Output Formats