Ceramah “Rasulullah Ikutanku” Anjuran Alliance of Insaniah, Fakulti Perubatan UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh

Dublin Core

Title

Ceramah “Rasulullah Ikutanku” Anjuran Alliance of Insaniah, Fakulti Perubatan UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh

Description

Alliance of Insaniah, Fakulti Perubatan UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh berjaya menganjurkan forum perbincangan ilmiah bertajuk “Rasulullah Ikutanku” yang telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor.

Forum yang mengetengahkan kepentingan seseorang individu dalam menghayati dan mengamalkan akhlak terpuji seperti yang dimiliki oleh Rasulullah SAW ini telah menampilkan Al-Fadhil Ustaz Muhammad Riza Kamaruddin dan Al-Fadhil Ustaz Mohd Sulaiman Nuba sebagai panel undangan.

Sepanjang berlangsungnya program ini, pelbagai input berkualiti telah dikongsikan oleh ahli panel yang dapat membantu para peserta mencapai ketinggian moral serta membentuk perilaku mulia khususnya dalam kalangan pelajar Fakulti Perubatan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada barisan ahli jawatankuasa program yang telah bertungkus-lumus merangka dan menjayakan program ini. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada para peserta yang telah sama-sama memeriahkan program ini.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

21 November 2023

Files

Rasulullah_Ikutanku_1.jpg
Rasulullah_Ikutanku_2.png

Citation

“Ceramah “Rasulullah Ikutanku” Anjuran Alliance of Insaniah, Fakulti Perubatan UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed September 19, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/21.

Output Formats