Slot Bicara Tokoh sempena Minggu Destini Siswa bersama YAB Dato’ Seri Amirudin Shari

Dublin Core

Title

Slot Bicara Tokoh sempena Minggu Destini Siswa bersama YAB Dato’ Seri Amirudin Shari

Description

UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam berbesar hati menerima kehadiran YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor yang sudi menerima jemputan bagi menyampaikan Slot Bicara Tokoh sempena Minggu Destini Siswa. Ketibaan beliau telah disambut mesra oleh Prof. Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) yang mewakili Naib Canselor UiTM, bersama barisan pengurusan kanan UiTM Cawangan Selangor, Dekan Fakulti serta lebih 1,000 orang mahasiswa baharu.

Slot ini bukan sahaja memberi inspirasi, malah turut membuka minda mahasiswa baharu terhadap kepentingan kepimpinan, tanggungjawab sosial serta peranan mereka sebagai generasi pelapis dalam merealisasikan aspirasi negeri dan negara. Dalam kesempatan tersebut, YAB Dato’ Seri turut melancarkan Program Komuniti Mahasiswa Selangor anjuran Yayasan Selangor yang memberi fokus khusus kepada anak-anak Selangor dalam aspek pembangunan sahsiah, kepimpinan serta kebajikan, di samping mengukuhkan jaringan kerjasama strategik antara universiti, kerajaan negeri dan komuniti setempat.

UiTM Cawangan Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Dato’ Seri atas kesudian hadir dan berkongsi pengalaman serta pandangan yang bermakna kepada warga kampus, khususnya mahasiswa baharu, sebagai pembuka langkah dalam perjalanan akademik mereka.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

30 September 2025

Files

184.jpg

Citation

“Slot Bicara Tokoh sempena Minggu Destini Siswa bersama YAB Dato’ Seri Amirudin Shari,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed November 26, 2025, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/232.

Output Formats