Pensijilan EMGS 1 Bintang di bawah AEMAS

Dublin Core

Title

Pensijilan EMGS 1 Bintang di bawah AEMAS

Description

Sesi penilaian bagi penarafan 1 Bintang Energy Management Gold Standard (EMGS) di bawah inisiatif Asean Energy Management Scheme (AEMAS) telah bermula di UiTM Kampus Puncak Alam menerusi Majlis Pembukaan dan Taklimat bersama pihak penilai. Penilaian ini akan berlangsung selama dua hari dan merangkumi semakan dokumen, lawatan tapak serta penilaian terhadap pelaksanaan amalan pengurusan tenaga di kampus.

Inisiatif ini merupakan usaha berterusan UiTM Cawangan Selangor dalam menyokong pelaksanaan Sistem Pengurusan Tenaga UiTM. Pencapaian penarafan EMGS bukan sahaja mencerminkan komitmen terhadap penggunaan tenaga yang lebih cekap, tetapi turut memperkukuh agenda kelestarian jangka panjang universiti.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

3 November 2025

Files

222.jpg

Citation

“Pensijilan EMGS 1 Bintang di bawah AEMAS,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed November 25, 2025, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/240.

Output Formats