TEKS UCAPAN
YBRS. PROF. DR AHMAD TAUFEK ABDUL RAHMAN
MENJALANKAN FUNGSI REKTOR UiTM CAWANGAN SELANGOR
Dublin Core
Title

Subject
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KARNIVAL ILMU DAN PENYELIDIKAN UCS 2025 : KOLABORASI PINTAR INDUSTRI DAN MAHASISWA
Description
Terima kasih Pengacara Majlis
ALHAMDULILLAHI RABBI ALAMIN
WASOLATU WASALAMU ALA ASYRAFIL
ANBIYA IWAL MURSALIN WA ALA ALIHI
WASOHBIHI AJMAIN
YBrs. Prof Ir. Ts. Dr. Mohamad Hafiz Mamat
Timbalan Rektor Penyelidikan & Inovasi
YBrs. Profesor Dr. Mohd Hafiz Mohd Hanafiah
Timbalan Rektor Hubungan Industri, Komuniti
Alumni Dan Keusahawanan,
Menjalankan Tugas Timbalan Rektor Hal Ehwal
Pelajar
YBrs. Ts. Mohamad Hamidi Hj. Mohd Jais
Ketua Timbalan Pustakawan
YBrs. Encik Amirul Hafiz Bakri
Ketua Timbalan Bendahari
YBrs. Puan Hani Liza Norfin
Timbalan Ketua Pustakawan Kanan
Merangkap Pengarah Karnival Ilmu dan
Penyelidikan
Barisan Pengurusan Kanan UiTM Cawangan
Selangor
Barisan Jawatankuasa Pelaksana Program
Seterusnya tuan-tuan, puan-puan para hadirin yang
saya hormati sekalian.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan
Salam UiTM di Hatiku.
1. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
dan kurnia-Nya, kita dapat berkumpul pada petang
ini bagi Majlis Penutupan Karnival Ilmu dan
Penyelidikan UCS 2025: Kolaborasi Pintar
Industri dan Mahasiswa, satu inisiatif strategik
yang bertujuan memperkukuh hubungan antara
universiti, industri dan komuniti pelajar.
2. Terlebih dahulu, saya merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan tahniah kepada
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) atas
penganjuran program ini serta peranan
cemerlangnya sebagai tuan rumah, dengan
sokongan kerjasama yang erat daripada;
i. Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI)
ii. Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)
iii. Bahagian Hubungan Industri, Komuniti,
Alumni & Keusahawanan (iCARE)
3. Ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada
rakan industri dan agensi yang terlibat, atas
sokongan padu yang menjadikan karnival ini
wadah kolaborasi ilmu yang bermakna.
4. Kerjasama rentas jabatan dan agensi ini bukan
sahaja memperkukuh peranan PTAR sebagai
Vibrant Centre of Learning, tetapi juga mengangkat
UiTM Cawangan Selangor sebagai ekosistem ilmu
dan penyelidikan yang progresif, seiring dengan
keperluan industri dan masyarakat masa kini.
Hadirin yang dihormati,
5. Penyelidikan merupakan teras utama dalam
memacu kecemerlangan akademik dan
memperkukuh reputasi institusi, selaras dengan
aspirasi UiTM untuk terus unggul sebagai universiti
berteraskan ilmu dan inovasi.
6. Justeru, usaha penyelidik dan pensyarah dalam
menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi perlu
diperkasa untuk memacu kecemerlangan UiTM
Cawangan Selangor.
7. Bagi tujuan itu, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi
(BPI) memegang peranan penting dalam memacu
geran, projek berimpak tinggi, serta perkongsian
hasil penyelidikan yang memberi manfaat kepada
universiti, industri, dan masyarakat.
8. Peranan Bahagian iCARE pula amat signifikan
dalam menjalin hubungan dengan pihak industri,
komuniti, alumni dan usahawan bagi menyokong
aktiviti keusahawanan, pembangunan komuniti
serta hubungan industri yang berimpak tinggi.
9. Pada masa yang sama, Bahagian Hal Ehwal
Pelajar (HEP) berperanan dalam memperkukuh
penglibatan pelajar melalui pelbagai inisiatif,
program pembangunan sahsiah dan kolaborasi
bersama persatuan serta kelab pelajar.
10. Sinergi yang terjalin ini membolehkan UiTM
Cawangan Selangor mewujudkan ekosistem
holistik yang menyatukan penyelidikan berimpak,
inovasi, pembangunan komuniti dan peluang
industri seterusnya melahirkan graduan yang
berilmu, berdaya saing dan kreatif.
11. Karnival ini juga dilihat menyatukan elemen ilmu,
inovasi dan penyelidikan dalam satu platform
bersepadu yang mempertemukan pelajar,
pensyarah, penyelidik serta pihak industri.
12. Dalam tempoh dua hari penganjuran, pelbagai
aktiviti telah dilaksanakan, menunjukkan
kesungguhan UiTM Cawangan Selangor dalam
memperkasakan budaya ilmu, memperluas
jaringan strategik dan memupuk budaya
penyelidikan, demi melahirkan graduan yang
berilmu, beretika dan kreatif.
13. Sebelum mengakhiri ucapan saya pada petang
ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas dan
tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Induk dan Ahli
Jawatankuasa kecil atas dedikasi dan semangat
kolaborasi yang tinggi dalam menjayakan karnival
ini.
14. Semoga usaha murni ini terus subur dan
memberi manfaat berterusan kepada warga
universiti serta komuniti setempat.
Hujan rintik membasahi bumi,
Pelangi muncul indah berseri;
Ilmu dicari tiada henti,
Kolaborasi pintar menjana prestasi.
15. Dengan lafaz suci Bismillahirrahmanirrahim,
saya sukacitanya merasmikan Majlis Penutupan
Karnival Ilmu dan Penyelidikan UCS 2025:
Kolaborasi Pintar Industri & Mahasiswa.
Sekian, Wabillahi taufiq wal hidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

Source
PTAR Puncak Alam
Date
19 November 2025
Collection
Citation
“TEKS UCAPAN
YBRS. PROF. DR AHMAD TAUFEK ABDUL RAHMAN
MENJALANKAN FUNGSI REKTOR UiTM CAWANGAN SELANGOR,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed November 25, 2025, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/243.

![88. [disemakdisunting] TEKS UCAPAN_KARNIVAL ILMU PTAR.pdf 88. [disemakdisunting] TEKS UCAPAN_KARNIVAL ILMU PTAR.pdf](/rektorucs/application/views/scripts/images/fallback-file.png)