The Malaysia Launch of the 2023 Report of LANCET Countdown on Health and Climate Change

Dublin Core

Title

The Malaysia Launch of the 2023 Report of LANCET Countdown on Health and Climate Change

Description

The Malaysia Launch of the 2023 Report of Lancet Countdown on Health and Climate Change telah dianjurkan dengan jayanya hasil kolaborasi dan kerjasama diantara UiTM Cawangan Selangor, Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM, Institute of Leadership & Development (ILD) UiTM dan Fakulti Perubatan UiTM dengan Commonwealth Medical Association (CMA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Encik Arvend Applasamy. Majlis yang berlangsung penuh meriah dengan sambutan lebih 500 orang peserta ini diserikan dengan kehadiran oleh YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM, YBhg. Prof. Dato' Dr Mazlan Abd Ghaffar, Naib Canselor UMT, YBrs. Dr Muruga Raj Rajathurai, Presiden CMA, YBhg. Prof. Datuk Dr Mizan Hitam, Penolong Naib Canselor Institute of Leadership & Development (ILD) UiTM, YBhg. Prof. Ts. Dr Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UiTM, YBhg. Prof. Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, YBhg. Prof. Dr Sazzli Shahlan Kasim, Pengarah Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM serta barisan pengurusan UiTM dan UMT. Laporan Lancet Countdown 2023 yang dilancarkan telah mendapat perhatian global dimana dalam 12 jam awal selepas penerbitannya, laporan itu telah diliputi lebih 1050 artikel, termasuk dalam saluran terkenal seperti The New York Times, BBC World Service, The Guardian, CNN, Euronews dan Reuters. Saluran-saluran ini telah memainkan peranan penting dalam menguatkan hasil laporan mengenai perubahan iklim dan kesihatan global di seluruh dunia.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

1 Disember 2023

Files

80.jpg

Citation

“The Malaysia Launch of the 2023 Report of LANCET Countdown on Health and Climate Change,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed September 19, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/27.

Output Formats