Program Campus Obstacle Run

Dublin Core

Title

Program Campus Obstacle Run

Description

Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor dengan kerjasama Pertubuhan Nadi Sihat, yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dibawah Kementerian Belia dan Sukan, telah menganjurkan program Campus Obstacle Run bertempat di Kampus Puncak Alam.

Program ini melibatkan dua kategori larian santai iaitu sejauh 5km, dan 7km yang berakhir dengan halangan "inflammable obstacle". Program yang menarik minat ramai ini telah mencatatkan penyertaan seramai 1066 orang yang terdiri daripada 280 orang pelajar UiTM dan 786 orang awam dari komuniti sekitar.

Perlepasan larian dan majlis perasmian penutup program yang dijalankan di Dewan Berlian telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, yang diiringi oleh YBrs. Puan Azlina Abdul Aziz, Presiden, Pertubuhan Nadi Sihat, YBrs. En. Rashid Abdullah, Timbalan Presiden Pertubuhan Nadi Sihat dan YBrs. Prof. Madya Dr. Badrul Isa, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM Cawangan Selangor.

Program berakhir dengan sesi penyampaian hadiah cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik kepada semua peserta. Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama penganjuran program ini.



Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

2 Disember 2023

Files

83.jpg

Citation

“Program Campus Obstacle Run,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed September 19, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/29.

Output Formats