Bengkel Pelan Strategik 2024 UiTM Cawangan Selangor

Dublin Core

Title

Bengkel Pelan Strategik 2024 UiTM Cawangan Selangor

Description

Bengkel Pelan Strategik 2024 UiTM Cawangan Selangor telah berjaya dilaksanakan di UiTM Dungun, dengan melibatkan ketua dan wakil PTJ. Bengkel telah dimulakan dengan sesi pembentangan Way Forward UiTM Cawangan Selangor, disampaikan oleh Rektor UCS, YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman yang menjadi salah satu rujukan utama kepada pemetaan rancangan tahun 2024.

Kesemua 13 PTJ terlibat telah membentangkan pelan strategik masing-masing, dimana tahap kemajuan serta pencapaian setiap perancangan bakal diukur, dilapor, dan dibukukan. Bengkel diakhiri dengan pembentangan ‘Resolusi Dungun’ yang merumuskan kepada pemerkasaan penyampaian perkhidmatan, penjanaan pendapatan, pengurusan geran penyelidikan, kecemerlangan bakat, pengoperasian, pengurusan aset, dan juga penaiktarafan perkakasan infostruktur. Semoga perancangan yang direncana dapat dicapai dan memperoleh kejayaan bagi memacu kearah kecemerlangan UCS diperingkat global.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

20 – 22 Februari 2024

Files

24.jpg

Citation

“Bengkel Pelan Strategik 2024 UiTM Cawangan Selangor,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed November 21, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/55.

Output Formats