Kunjungan Hormat Persatuan Pesara UiTM (PESUTIMA) ke UiTM Cawangan Selangor

Dublin Core

Title

Kunjungan Hormat Persatuan Pesara UiTM (PESUTIMA) ke UiTM Cawangan Selangor

Description

Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Pesara UiTM (PESUTIMA) yang telah mengadakan kunjungan ke UiTM Cawangan Selangor. Lawatan dan sesi perkongsian ini merupakan inisiatif Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia (BPSM) UiTM untuk memberi ruang kepada bakal-bakal pesara UiTM Cawangan Selangor mengetahui lebih lanjut mengenai fungsi dan kemudahan yang boleh diperolehi dari PESUTIMA.

Perkongsian dari PESUTIMA telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Thantawi Jauhari Haji Ahmad, Presiden PESUTIMA, yang juga telah disambut mesra oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor. Seramai 76 orang bakal pesara dan pesara UiTM Cawangan Selangor telah menghadiri sesi perkongsian ini. Diharapkan perkongsian tersebut sedikit sebanyak memberi manfaat kepada bakal-bakal pesara.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

8 Februari 2024

Files

27.jpg

Citation

“Kunjungan Hormat Persatuan Pesara UiTM (PESUTIMA) ke UiTM Cawangan Selangor,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed March 13, 2025, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/58.

Output Formats