Jemputan Majlis Iftar Jamaie bersama Pengurusan Masjid Puncak Alam dan Puncak Niaga Holdings Berhad

Dublin Core

Title

Jemputan Majlis Iftar Jamaie bersama Pengurusan Masjid Puncak Alam dan Puncak Niaga Holdings Berhad

Description

Penghargaan kepada Masjid Puncak Alam dan Permuafakatan Persatuan Penduduk Puncak Alam (4PA) yang sudi mengundang UiTM Cawangan Selangor (UCS) ke Iftar Jamaie bersama pengurusan Masjid Puncak Alam dan Puncak Niaga Holdings Berhad. Menyantuni majlis yang dihadiri YBhg. Dato’ Mat Hairi Ismail, Pengarah Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad mewakili pengerusi Masjid Puncak Alam adalah YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman bersama wakil pengurusan UCS.

Masjid Puncak Alam bukan sahaja menyediakan juadah berbuka kepada masyarakat setempat setiap hari disepanjang bulan Ramadan, malah moreh dan juga sahur. Majlis seumpama ini memberi peluang kepada UCS untuk lebih mengenali dan mendekati komuniti terdekat Kampus Puncak Alam, sekaligus menunjukkan sokongan positif UCS terhadap aktiviti komuniti yang juga terdiri daripada pelajar NR UCS.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

30 Mac 2024

Files

43.jpg

Citation

“Jemputan Majlis Iftar Jamaie bersama Pengurusan Masjid Puncak Alam dan Puncak Niaga Holdings Berhad,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed November 24, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/68.

Output Formats