Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Syawal UiTM Cawangan Selangor 2024 dan Sumbangan Program IHYA Ramadan

Dublin Core

Title

Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Syawal UiTM Cawangan Selangor 2024 dan Sumbangan Program IHYA Ramadan

Description

Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Syawal UiTM Cawangan Selangor 2024 telah berjaya dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Islam dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, UiTM Cawangan Selangor (UCS). Majlis menyaksikan perasmian penutup Ihya Ramadan UCS 2024 disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan strategik UCS iaitu iaitu TRIplc Holdings Berhad atas sumbangan bagi Program Ihya Ramadan UCS sebanyak RM16,000.00 dan 2 unit TV untuk kegunaan Surau Ibnu Sina, Kampus Puncak Alam. Sumbangan telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Taufik Afendy Othman, Pengarah Urusan TRIplc Holdings Berhad.

UCS turut merakamkan penghargaan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang telah menyumbang kotak agihan fidyah kepada 58 orang staf pentadbiran kampus, fakulti dan staf akademik UCS. Sumbangan dari MAIS telah disampaikan oleh YBrs. Prof Rektor, mewakili pihak pengurusan UCS yang juga menyediakan Bakul Syawal, sumbangan bersama TRIplc Holdings Berhad.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

1 April 2024

Files

47.jpg

Citation

“Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Syawal UiTM Cawangan Selangor 2024 dan Sumbangan Program IHYA Ramadan,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed September 20, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/72.

Output Formats