Majlis Agihan Ramadan Giving Tahun 2024 Peringkat UiTM Cawangan Selangor

Dublin Core

Title

Majlis Agihan Ramadan Giving Tahun 2024 Peringkat UiTM Cawangan Selangor

Description

Pejabat Rektor UiTM Cawangan Selangor (UCS) dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Unit Komunikasi Korporat telah menyantuni 43 orang pelajar dengan menganjurkan Majlis Agihan Ramadan Giving Tahun 2024 Peringkat UiTM Cawangan Selangor. Penyerahan agihan tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS.

Majlis yang diadakan sederhana tapi penuh bermakna itu turut dihadiri oleh barisan pengurusan kanan UCS bagi meraikan para pelajar yang terpilih sebagai penerima sumbangan. Ia merupakan satu inisiatif berterusan yang menjadi bukti kepada kesungguhan dan keperihatinan UiTM dalam memastikan kebajikan warganya - terutama pelajar tetap terjaga, dan juga sebagai salah satu kaedah ke arah kesejahteraan mahasiswa.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

6 Mei 2024

Files

60.jpg

Citation

“Majlis Agihan Ramadan Giving Tahun 2024 Peringkat UiTM Cawangan Selangor,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed September 19, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/80.

Output Formats