Gotong Royong Kawasan Rumah SRK dan Pegawai Penting Kolej Angsana dan Rafflesia, Kampus Puncak Alam dengan Kerjasama Taskforce UiTM Cawangan Selangor Bebas Denggi dan MPKS
Dublin Core
Title
Gotong Royong Kawasan Rumah SRK dan Pegawai Penting Kolej Angsana dan Rafflesia, Kampus Puncak Alam dengan Kerjasama Taskforce UiTM Cawangan Selangor Bebas Denggi dan MPKS
Description
Pihak pengurusan Kolej Rafflesia dan Kolej Angsana, UiTM Cawangan Selangor (UCS) Kampus Puncak Alam dengan kerjasama Task Force UCS Bebas Denggi telah menganjurkan gotong royong bersama staf residen kolej (SRK) dan pegawai penting di kediaman masing-masing. Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas tentang kesedaran denggi oleh En Muhammad Zulhelmi Md Shakkeri, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Unit Kesihatan Awam, Unit Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor.
Program ini telah mendapat sokongan daripada Majlis Perbandaran Kuala Selangor dari segi pinjaman alat gotong royong serta tong roro, serta sumbangan abate dan semburan aerosol yang diserahkan oleh wakil Unit Vektor MPKS, Cik Suzana kepada Pemangku Pengerusi Taskforce UCS Bebas Denggi, Pn Nurul Dahlya Alias. Penganjuran program ini selari dengan matlamat pihak pengurusan untuk sentiasa memastikan UCS sebagai salah satu IPTA Bebas Denggi.

Source
Unit Komunikasi Korporat
Date
12 Mei 2024
Citation
“Gotong Royong Kawasan Rumah SRK dan Pegawai Penting Kolej Angsana dan Rafflesia, Kampus Puncak Alam dengan Kerjasama Taskforce UiTM Cawangan Selangor Bebas Denggi dan MPKS,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed January 24, 2025, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/82.