Program Global Wellness Leadership Week
Dublin Core
Title
Program Global Wellness Leadership Week
Description
Fakulti Pendidikan dengan kerjasama UiTM Cawangan Selangor (UCS) dan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2023/2024 telah menganjurkan program Global Wellness Leadership Week pada 15 Mei hingga 18 Mei 2024. Program berdurasi 4 hari ini turut melibatkan UiTM Cawangan Pahang, Fakulti Farmasi, Fakulti Perakaunan, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Polisi, Fakulti Agroteknologi dan Perladangan, Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Pergigian, serta Fakulti Perubatan selaku penganjur bersama.
Perasmian penutup disempurnakan oleh YBrs. Dr. Wan Noraini Wan Mohamed Noor, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (Kesihatan Awam), yang turut disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, YBrs. Profesor Dr. Hj. Sazili Shahibi dan Rektor UCS, YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman. Program ini memfokuskan kepada aktiviti pendidikan ke arah membangunkan mahasiswa sihat dengan memberi tumpuan kepada kesihatan mental, kesihatan oral, dan penyalahgunaan bahan. Program ini turut mengundang delegasi antarabangsa dari Universitas Negeri Jakarta, Universitas Halu Oleo dan Burapha University bagi mencapai salah satu objektif program yang menggalakkan pertukaran pandangan dan buah fikiran sesama pucuk pimpinan mahasiswa didalam sebuah program forum diperingkat antarabangsa.

Source
Unit Komunikasi Korporat
Date
18 Mei 2024
Collection
Citation
“Program Global Wellness Leadership Week,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed November 22, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/86.