Program EDU Joss Run

Dublin Core

Title

Program EDU Joss Run

Description

Fakulti Pendidikan dengan kerjasama Kalbe Malaysia Sdn Bhd (Extra Joss), UiTM Cawangan Selangor (UCS), Kolej Dahlia, dan Kolej Casuarina telah menganjurkan EDU Joss Run 2024. Program ini telah berjaya mengumpul seramai 1300 penyertaan.

YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS dalam ucapan perasmiannya memuji inisiatif dan usaha yang diambil oleh Fakulti Pendidikan yang menganjurkan program ini bagi mengumpul dana untuk menampung kos pengendalian program pengantarabangsaan mahasiswa Fakulti Pendidikan ke Universitas Negeri Yogyakarta, Indonesia. Pelepasan EDUJossRun turut disempurnakan oleh YBrs. Prof Rektor bersama YM Raja Khairul Fitri, Ketua Pemasaran Kalbe Malaysia Sdn Bhd, YBrs. Prof Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor HEP UCS, YBrs. Prof Dr Sharipah Ruzaina Syed Aris, Dekan Fakulti Pendidikan, serta barisan pengurusan Fakulti Pendidikan yang turut hadir. Tahniah diucapkan kepada Fakulti Pendidikan atas kejayaan penganjuran program ini.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

21 Mei 2024

Files

71.jpg

Citation

“Program EDU Joss Run,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed September 20, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/88.

Output Formats