Lawatan Penanda Aras Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Dublin Core

Title

Lawatan Penanda Aras Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Description

Lawatan penanda aras amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh UiTM Cawangan Selangor (UCS) ke Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia telah diadakan dengan jayanya. Delegasi UCS seramai tiga puluh (30) orang telah diketuai Encik Qamarul Anuar Mohamad, Penyelaras EKSA UCS.

Lawatan ini diadakan bertujuan melihat pelaksanaan EKSA di KKR serta mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar daripada KKR dalam usaha mendapatkan pensijilan EKSA di UCS. Siri kunjungan penanda aras ini telah sambut baik oleh Puan Suhana Binti Md Sharif selaku Ketua Penolong Setiausaha Cawangan Pengurusan Kualiti, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) yang merupakan urusetia induk bagi EKSA, Fasilitator Zon EKSA KKR serta wakil setiap bahagian.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

4 Jun 2024

Files

74.jpg

Citation

“Lawatan Penanda Aras Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA),” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed September 19, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/91.

Output Formats