Program Roadshow Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)

Dublin Core

Title

Program Roadshow Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)

Description

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah berjaya menganjurkan program Roadshow Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) bersama pelajar anak-anak Sabah di UiTM Cawangan Selangor. Kunjungan YB Datuk Dr. Hj. Mohd Arifin Datuk Hj. Mohd Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Merangkap Exco Pendidikan Negeri Sabah dan delegasi dari Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah disambut mesra oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS bersama wakil pengurusan UCS.

Seramai 209 orang pelajar anak-anak Sabah UCS telah diberi taklimat berkaitan BKNS dan seterusnya mendapat kelulusan secara terus pada program tersebut. YB Datuk Dr. Hj. Mohd Arifin juga dengan sukacitanya mengumumkan bantuan RM10ribu bagi mewujudkan kesatuan pelajar anak-anak Sabah UCS. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah atas inisiatif penganjuran roadshow, serta tajaan pendidikan yang dapat membantu mahasiswa UCS merancang masa depan akademik mereka.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

9 Jun 2024

Files

78.jpg

Citation

“Program Roadshow Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS),” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed September 19, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/95.

Output Formats