HomeAbout

About

Universiti Teknologi MARA telah pun mencapai usia 68 tahun penubuhannya, sejak dikenali sebagai Dewan Latehan RIDA hasil inspirasi Allahyarham Dato' Onn Jaafar selaku Pengerusi RIDA yang pertama dengan matlamat untuk mengubah nasib anak bangsa melalui pemindahan ilmu pada tahun 1956. Kemudian, tahun demi tahun Institusi ini bertukar nama kepada Maktab MARA(1965), Institut Teknologi MARA (ITM) (1967) dalam memperkasa agenda bangsa sehingga dinaik taraf menjadi sebuah universiti pada 26 Ogos 1999.

  • Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzudin Shah sempena Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa UiTM 60 tahun pada 8 November 2016
  • Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Majlis Amanah Rakyat (Pindaan) pada 18 Julai 1973, ahli Parlimen Batu, Yang Berhormat Dr. Tan Chee Khoon, seorang ahli Parlimen bukan keturunan Melayu dan bukan wakil daripada parti pemerintah telah memberikan pengiktirafan terbuka terhadap pencapaian ITM.
  • Penubuhan UiTM, adalah salah satu tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dalam semangat menjunjung salah satu daripada tujuh titah wasiat Raja-Raja Melayu.
  • UiTM telah berjaya memenuhi visi dan misi untuk membangunkan sumber Melayu. Kejayaan yang dicapai telah menjadi sumber inspirasi untuk mencipta kejayaan yang lebih gemilang.
  • Peningkatan angka golongan menengah Melayu, setidak-tidaknya membantu menyediakan orang Melayu dengan satu angkatan baru yang memiliki modal insan dan modal budaya yang lebih tinggi.
  • Graduan UiTM hendaklah memiliki identiti insan amanah, insan jujur, insan bertakwa, insan tawaduk dan insan berintegriti.