Perkembangan RIDA, Maktab MARA, ITM,UiTM
Dublin Core
Title
Perkembangan RIDA, Maktab MARA, ITM,UiTM
Description
Pada akhir tahun 1970-an, Institut Teknologi MARA (ITM) telah muncul sebagai sebuah badan persendirian dan tidak lagi diletakkan di bawah kawalan Bahagian Latehan MARA. Ia diletakkan terus di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Semenjak dari itu, ITM terus membangun dan berjaya muncul sebagai salah sebuah Institusi Pendidikan Tinggi yang utama di negara ini. Dalam bulan Jun 1976, Akta Institut Teknologi MARA 1976 (Akta 173) telah diluluskan oleh Parlimen dan selepas itu, ITM telah ditadbir terus di bawah Kementerian Pendidikan. Sebuah Majlis yang lebih berkuasa diwujudkan menggantikan ‘Governing Council‘ sebelum ini. “Majlis ITM yang ditubuhkan di bawah Seksyen 13 adalah dengan ini menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang turun-temurun dan mempunyai kuasa penuh.” Pada 18 November 1980, Mesyuarat Majlis ITM ke-27 yang di pengerusikan oleh Encik Zahani bin Tan Sri Ahmad telah membuat keputusan “menetapkan bahawa tahun 1956 adalah tahun asas penubuhan ITM. Penubuhannya mesti dikira dari tarikh mula-mula Dewan Latehan RIDA ditubuhkan. Tahun-tahun selepas tahun 1956 adalah merupakan perkembangan yang membawa kepada pertukaran nama dari Dewan Latehan RIDA kepada ITM.”
Akta Institut Teknologi MARA (pindaan) 1996 telah memberi peluang kepada institusi tersebut untuk duduk setanding dengan beberapa Institusi Pendidikan Tinggi di negara ini. Justeru itu, beberapa perubahan aspek utama ITM telah digubal. Sebagai contohnya, Badan Pentadbir dan Penyelaras iaitu Majlis ITM digantikan dengan panggilan Lembaga Pengarah dengan melibatkan sektor swasta secara lebih besar dan menyeluruh. Walaupun demikian, nama Institut Teknologi MARA masih kekal sehingga 26 Ogos 1999.

Source
Collection
Citation
“Perkembangan RIDA, Maktab MARA, ITM,UiTM,” Laman Pencapaian UiTM, accessed December 22, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/achievement/items/show/4.