Pencipta Lirik Lagu Hari Kebangsaan 2024 Graduan Cemerlang Istiadat Konvokesyen Ke-99 UiTM
Dublin Core
Title
Pencipta Lirik Lagu Hari Kebangsaan 2024 Graduan Cemerlang Istiadat Konvokesyen Ke-99 UiTM
Description
Pencipta lagu Hari Kebangsaan 2024 bertajuk “MADANI Jiwa Merdeka” dari Kolej Pengajian Seni Kreatif, Muhammad Affan Mazlan dinobatkan sebagai antara graduan terbaik pada Istiadat Konvokesyen ke-99 yang berlangsung di UiTM Shah Alam.
Muhammad Affan yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik Komposisi dipilih sebagai penerima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor dalam istiadat yang disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang juga Pro Canselor UiTM di Dewan Agung Tuanku Canselor.
Bagi Muhammad Affan, anugerah yang diterima beliau sangat bermakna sekali gus mengkhususkan penghargaan ini terhadap kedua, ibu bapa serta pensyarah yang banyak membantu beliau dalam menyempurnakan perjalanan pengajian beliau.
Tambah Muhammad Affan lagi, tempoh pengajian di UiTM banyak mengajar beliau untuk menjadi pencipta lagu yang baik termasuklah ketika cuba menyiapkan seni kata lagu MADANI Jiwa Merdeka namun ada masanya beliau juga berdepan dengan kebuntuan yang turut dikenali sebagai “writer’s block.”.
“Writer’s block merupakan sesuatu yang subjektif kepada setiap komposer. Walaupun lebih ramai cenderung untuk berkarya pada waktu malam, tetapi saya lebih cenderung untuk mencari waktu di mana idea saya dihasilkan dengan lancar iaitu pada waktu pagi, itu juga sebahagian “ramuan” saya ketika dalam pengajian” ujar Muhammad Affan.

Identifier
- https://www.utusan.com.my/nasional/2024/09/pencipta-lagu-madani-jiwa-merdeka-terima-anugerah-seri-paduka-baginda-tuanku-canselor/#google_vignette
- https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/09/1293137/komposer-lagu-madani-jiwa-merdeka-terima-anugerah-seri-paduka
- https://www.merdeka360.my/web/madani-jiwa-merdeka/
Collection
Citation
“Pencipta Lirik Lagu Hari Kebangsaan 2024 Graduan Cemerlang Istiadat Konvokesyen Ke-99 UiTM,” Laman Pencapaian UiTM, accessed February 2, 2025, http://uitmprepo.uitm.edu.my/achievement/items/show/9.