Biografi Tuanku Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu, Yang Di-Pertuan Agong Malaysia
Dublin Core
Title
Biografi Tuanku Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu, Yang Di-Pertuan Agong Malaysia
Description
Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktah Billah Shah dilahirkan pada 22 Januari 1962 di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu, sebagai putera sulung daripada tujuh bersaudara. Baginda memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman dan Sekolah Menengah Sultan Sulaiman di Terengganu, di mana baginda dikenali dengan sifat terpuji dan sikap merendah diri.
Pada tahun 1979, baginda melanjutkan pelajaran di Geelong Grammar School di Australia dan dilantik sebagai Yang di-Pertuan Muda Negeri Terengganu pada 6 November 1979. Baginda memulakan kerjaya dalam pentadbiran awam pada tahun 1981 sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah dan kemudian mengikuti kursus ketenteraan di England dari 1981 hingga 1983. Baginda menamatkan kursus ketenteraan dengan pangkat Leftenan Kehormat dan berkhidmat dalam Kor Kavairi Diraja.
Dalam bidang pendidikan tinggi, Tuanku Mizan memperoleh ijazah dalam Perhubungan Antarabangsa dari U.S. International University-Eropah (Alliant International University) di London pada tahun 1988. Baginda kemudian dilantik sebagai Pegawai Tadbir Negeri dan bertugas di Unit Perancang Ekonomi Negeri serta Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu.
Baginda menjadi Pemangku Sultan Terengganu dari 20 Oktober 1990 hingga 8 November 1990, dan Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dari 1 Jun 1991 hingga Disember 1995. Pada 28 Mac 1996, baginda berkahwin dengan Tuanku Nur Zahirah dan dikurniakan empat anak: Tengku Nadhirah Zaharah, Tengku Muhammad Ismail, Tengku Muhammad Muaz, dan Tengku Fatimatuz Zahra.
Tuanku Mizan Zainal Abidin dimasyhurkan sebagai Sultan Terengganu pada 15 Mei 1998, menggantikan ayahanda baginda, Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, dan ditabalkan sebagai Sultan Terengganu ke-17 pada 4 Mac 1999. Baginda merupakan pemerintah yang paling muda dalam kalangan sultan-sultan pada usia 36 tahun. Dalam kapasiti Sultan, baginda juga berkhidmat sebagai Colonel-in-Chief Kor Armor DiRaja dan Kor Ordinan DiRaja.
Baginda amat aktif dalam sukan dan rekreasi, dengan tumpuan utama pada sukan berkuda. Tuanku Mizan menubuhkan Royal Terengganu Endurance Stable untuk menyertai pertandingan sukan berkuda di dalam dan luar negara. Pada 3 November 2006, baginda dipilih sebagai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke-13 dan mula memegang tampuk pemerintahan pada 13 Disember 2006. Baginda ditabalkan secara rasmi pada 26 April 2007, dan turut dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA ke-3.

Contributor
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Collection
Citation
“Biografi Tuanku Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu, Yang Di-Pertuan Agong Malaysia,” Canselor UiTM, accessed November 17, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/canselor_uitm/items/show/13.