Istiadat Konvokesyen ke-55
Dublin Core
Title
Istiadat Konvokesyen ke-55
Description
Istiadat Konvokesyen ke-55 pada Jun 2002 bertempat di Dewan Sri Budiman, UiTM
SHAH ALAM, Selasa - Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Sains Kesihatan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Konvokesyen ke-55 universiti itu di kampus induknya di sini, hari ini. Ijazah berkenaan disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang juga Canselor UiTM sebagai pengiktirafan kepada sumbangan beliau dalam bidang kesihatan, terutama kesihatan ibu dan kanak-kanak di negara ini sejak merdeka. Majlis penganugerahan itu turut disaksikan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Sultan Selangor yang juga Pro Canselor UiTM, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
Pada majlis yang sama, Tuanku Syed Sirajuddin turut menyampaikan ijazah doktor falsafah, sarjana, sarjana muda dan diploma lepasan ijazah kepada 250 graduan Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur, Fakulti Perakaunan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, Fakulti Pengajian Maklumat, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka.
Yang di-Pertuan Agong dalam titahnya berkata, anugerah itu penghormatan yang tinggi daripada UiTM kepada Dr Siti Hasmah yang banyak berjasa, mengorbankan masa dan tenaga demi memajukan pendidikan dan amalan kesihatan wanita.
Buku Istiadat Konvokesyen ke-55

Date
Jun 2002
Collection
Citation
“Istiadat Konvokesyen ke-55,” Canselor UiTM, accessed November 17, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/canselor_uitm/items/show/59.