Pemasyhuran Canselor UiTM Ke-7

Dublin Core

Title

Pemasyhuran Canselor UiTM Ke-7

Description



13 November 2024 ( 11 Jamadilawal 1446H) - Watikah pemasyhuran dipersembahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim oleh Menteri Pendidikan Tinggi YB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir. Watikah pemasyhuran ini tertakluk kepada Seksyen 19A (2) Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173) yang memperuntukkan bahawa Canselor ialah Yang di-Pertuan Agong. Berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 19A (1) Akta berkenaan, Seri Paduka hendaklah mempengerusikan konvokesyen universiti itu. Turut hadir pada istiadat konvokesyen ialah Pro-Canselor UiTM DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin serta Naib Canselor UiTM YBhg. Prof Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin. Istiadat hari ini turut menyaksikan Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif.

Buku Istiadat Pemasyhuran Canselor Universiti Teknologi MARA Kebawah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Ibrahim

Publisher

Bernama

Date

13 November 2024

Files

Sultan Ibrahim Dimasyhur Sebagai Canselor UiTM Ketujuh.jpg
Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen UiTM ke-100 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam.jpg
SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima watikah pemasyhuran daripada Zambry Abd. Kadir.
Sultan Ibrahim berkenan bertitah pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-100 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam.
Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif kepada Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.jpeg
Penyampaian ijazah kepada pelajar yang bergraduasi pada konvokesyen ke-100.jpeg
Wartakonvo-100.png
permasyhuran-canselor7.jpeg

Citation

“Pemasyhuran Canselor UiTM Ke-7,” Canselor UiTM, accessed December 18, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/canselor_uitm/items/show/86.

Output Formats