Pada 15 Februari 1996 bersamaan 15 Ramadhan 1416 Hijrah, telah diadakan Program Sambutan Ramadhan yang melibatkan staf dan pelajar ITM cawangan Perlis. Antara aktiviti yang dijalankan adalah berbuka puasa beramai-ramai, solat tarawih dan tadarus Al-Quran.
Program yang berlangsung di Pusat Islam ini memberikan impak positif seperti merapatkan hubungan silaturrahim antara staf dan pelajar ITM kerana bersama-sama memeriahkan sambutan ini. Malah sambutan seperti amat digalakkan kerana sambutan ini membuatkan kita menghormati serta mencintai bulan Ramadhan yang suci. Dengan menjalankan aktiviti seperti berbuka beramai-ramai, solat tarawih dan tadarus Al-Quran akan memberikan banyak kebaikan kepada semua.