Majlis Perasmian Penubuhan ITM Cawangan Johor Kampus Segamat pada 23 Mac 1985 bersamaan 10 Rejab 1403H yang telah menjemput beberapa individu termasuk kehadiran khas Menteri Besar Johor iaitu Y.A.B Dato Abdul Ajib berada di tempat duduk beliau di ruang tengah pentas bersama tetamu kehormat yang lain.
Majlis pembukaan ITM Cawangan Segamat di Bukit Siput pada tahun 1983. Pembukaan ITM Segamat ini telah melakar sejarah di negeri Johor Darul Ta'zim apabila Daerah Segamat telah dipilih sebagai daerah yang menjayakan pembangunan pendidikan selepas Johor Bahru. Majlis pembukaan ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Abdul Ajib bin Ahmad yang merupakan Menteri Besar Johor pada ketika itu.
Imej merakamkan papan tanda Institut Teknologi MARA (ITM) yang dipasang pada tahun 1983 di bahagian hadapan bangunan sementara ITM Bukit Siput, Segamat Johor. Papan tanda tersebut menggunakan 2 jenis tulisan iaitu rumi dan jawi yang membawa perkataan "Institut Teknologi Mara Cawangan Johor Segamat". Selepas wujudnya bangunan ini, satu keputusan mesyuarat dan perbincangan rasmi dengan Pegawai Kerajaan Johor di pejabat Daerah Segamat telah dibuat bagi membincangkan mengenai tapak kampus ITM Cawangan Segamat. Di dalam pertemuan tersebut ITM telah menghantar wakil seramai 11 orang dan 6 orang wakil daripada kerajaan Negeri Johor juga telah turut serta.
Imej ini dirakam ketika Hari Terbuka Institut Teknologi MARA (ITM) Cawangan Johor Kampus Segamat. Pada hari tersebut pihak ITM Cawangan Johor Kampus Segamat menerima kunjungan hormat daripada Y.A.B Dato' Abdul Ajid Ahmad Menteri Besar Johor kerana pada dasarnya beliau telah memberi persetujuan bagi meluluskan penubuhan ITM Cawangan Johor Kampus Segamat dalam Rancangan Malaysia ke-3 (RMK 3) dijalankan dalam tahun 1976 hingga 1980 semasa tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB).