Tanggal 1 Julai 1975 menyaksikan penubuhan ITM (kini UiTM) Kampus Dungun di Sura Gate, Dungun, Terengganu. Kampus sementara ini mempunyai keluasan 17 ekar dan merupakan bekas tapak sebuah syarikat perlombongan bijih besi yang disewa dari Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Terdapat 22 bangunan kayu yang digunakan untuk pentadbiran, bilik kuliah, perpustakaan, dan asrama. Pengubahsuaian dan pembinaan tambahan dilakukan untuk menampung keperluan pelajar dan staf. Kampus tetap di Sura Hujung mula dibina pada tahun 1982 dan semua aktiviti serta penempatan pelajar dipindahkan ke sana pada 30 April 1998. Majlis peletakan batu asas kampus tetap disempurnakan oleh Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 19 Oktober 1978. Kini, UiTM Kampus Dungun telah membangunkan kawasan pantai dan seberang tasik secara berperingkat melalui beberapa fasa pembangunan.