Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama yang berlangsung dari 5 hingga 7 Jun 1965 telah memberi peluang perbincangan dan penyuaraan pendapat tentang masalah sosio-ekonomi orang-orang Melayu. Kongres ini mencadangkan bahawa nama RIDA diganti dengan nama baru iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk memperkuatkan lagi peranan dalam pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat Bumiputera di Malaysia.