Majlis Perasmian Penubuhan ITM Cawangan Johor Kampus Segamat pada 23 Mac 1985 bersamaan 10 Rejab 1403H yang telah menjemput beberapa individu termasuk kehadiran khas Menteri Besar Johor iaitu Y.A.B Dato Abdul Ajib berada di tempat duduk beliau di ruang tengah pentas bersama tetamu kehormat yang lain.
14 Oktober merupakan hari yang bersejarah bagi warga UiTM kampus Arau terutamanya kakitangan akademik apabila bangunan Hal Ehwal Akademik yang baru telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Shahidan Kassim, Menteri Besar Perlis pada ketika itu. Turut serta di majlis tersebut ialah Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Arshad, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTMProf. Datuk Ir. Dr. Hj. Ahmad Zaidee Laidin, Naib Canselor UiTM, Prot. Madya Dr. Bukhory Hj. Ismail, Provos UiTM Kampus Arau, Timbalan Provos, Ketua Jabatan, Kakitangan dan pelajar UiTM Kampus Arau.
DYTM Tuanku Syed Faizudin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Muda Perlis, telah berkenan berangkat mencemar duli merasmikan Kejohanan MASUM FASA 1 di Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Teknologi MARA Perlis. Kejohanan ini yang berlangsung dari 16 Mei 2010 hingga 21 Mei 2010 telah melibatkan 8 jenis sukan iaitu Badminton, Bola Tampar, Bola Tampar Pantai, Karate-Do, Ragbi 15, Hoki Wanita, Sofnol dan Tenis.
Sebanyak 20 Universiti telah mengambil bahagian yang melibatkan 2,300 orang atlet dan pegawai. Lokasi pertandingan ialah di dalam kampus UiTM dan 5 acara di luar kampus iaitu Kompleks Sukan Negeri, Dewan Matrikulasi Arau, Dewan Rakan Muda Kangar, Kompleks Hijau Kuning dan Gelanggang Bola Tampar Pantai-Pejabat Adun Sena.