Majlis Perasmian Kejohanan Sukan MASUM Fasa 1 2010

- Title
- Majlis Perasmian Kejohanan Sukan MASUM Fasa 1 2010
- Subject
- Majlis Perasmian
- Description
- DYTM Tuanku Syed Faizudin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Muda Perlis, telah berkenan berangkat mencemar duli merasmikan Kejohanan MASUM FASA 1 di Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Teknologi MARA Perlis. Kejohanan ini yang berlangsung dari 16 Mei 2010 hingga 21 Mei 2010 telah melibatkan 8 jenis sukan iaitu Badminton, Bola Tampar, Bola Tampar Pantai, Karate-Do, Ragbi 15, Hoki Wanita, Sofnol dan Tenis.
Sebanyak 20 Universiti telah mengambil bahagian yang melibatkan 2,300 orang atlet dan pegawai. Lokasi pertandingan ialah di dalam kampus UiTM dan 5 acara di luar kampus iaitu Kompleks Sukan Negeri, Dewan Matrikulasi Arau, Dewan Rakan Muda Kangar, Kompleks Hijau Kuning dan Gelanggang Bola Tampar Pantai-Pejabat Adun Sena. - Creator
- UiTM Cawangan Perlis
- Source
- https://fliphtml5.com/iggzf/wgsm/MEMORI_UITM_PERLIS_BIL_7/
- Date
- 16 Mei 2010
Dublin Core
Collection
Citation
UiTM Cawangan Perlis, “Majlis Perasmian Kejohanan Sukan MASUM Fasa 1 2010,” UiTM Photo Memory, accessed March 6, 2025, http://uitmprepo.uitm.edu.my/memory/items/show/46.