Pada 5 Julai 1999 genaplah usia 25 tahun penubuhan UiTM Kampus Arau sebagai kampus cawangan tertua di dalam keseluluruhan sistem pengurusan UITM. Penubuhannya di kampus sementara UITM Arau di Padang Kantong. Sambutan Jubli Perak telah diraikan dari 29 Julai hingga 2 Ogos 1999. Pelbagai aktiviti telah disusun atur. Antaranya, aktiviti kemuncak yang dirancang ialah Jamuan Makan Malam untuk semua kakitangan, Hari Keluarga, Hari Terbuka, Ceramah Perdana dan Pameran. Yang Berbahagia Datuk Ir. D Haji Ahmad Zaidee Laidee, Naib Canselor UiTM pada ketika itu dan Datin telah menyerikan lagi Majlis Makan Malam pada 29 Julai 1999 dan Perasmian Jubli Perak pada 30 Julai 1999.
Pada 21 Ogos 1994, telah diadakan sambutan Hari Keluarga ITM bagi tahun 1994. Program tahunan yang dijalankan ini melibatkan semua staf ITM pada ketika itu. Pelbagai aktiviti dijalankan bukan sahaja disertai oleh staf ITM malahan keluarga serta anak anak staf juga turut sama memeriahkan program ini. Sambutan hari keluarga ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain untuk warga ITM. Serta adanya acara sukan, aktiviti ini akan menyihatkan tubuh badan dan menyegarkan minda daripada tekanan kerja atau masalah yang dihadapi.
Pada 29 Julai 1999, telah diadakan Majlis Makan Malam Jubli Perak. Program ini diadakan sempena sambutan ke-25 tahun penubuhan ITM Cawangan Perlis ketika itu.
Lawatan akademik ke Medan, Indonesia pada tahun 1996 mungkin melibatkan pelbagai aktiviti, termasuk pertukaran pengetahuan, kajian lapangan, dan pertemuan dengan institusi pendidikan di sana. Acara seperti ini biasanya bertujuan untuk memperluas jaringan akademik dan meningkatkan pemahaman antara budaya.
Aspek-aspek yang mungkin ada dalam lawatan tersebut:
Pertemuan dengan Institusi Tempatan: Bertemu dengan universiti atau kolej di Medan untuk membincangkan kerjasama akademik.
Sesi Pembentangan: Pelajar atau pensyarah mungkin membentangkan kertas kerja atau hasil kajian.
Lawatan Lapangan: Mengunjungi lokasi-lokasi penting untuk mempelajari tentang budaya, ekonomi, dan masyarakat di Medan.
Aktiviti Kebudayaan: Mengalami kebudayaan tempatan melalui acara seni, makanan, dan tradisi masyarakat setempat.
Jaringan dan Kerjasama: Membangun hubungan dengan pelajar dan akademik di Indonesia untuk peluang masa depan.
Pada 15 Februari 1996 bersamaan 15 Ramadhan 1416 Hijrah, telah diadakan Program Sambutan Ramadhan yang melibatkan staf dan pelajar ITM cawangan Perlis. Antara aktiviti yang dijalankan adalah berbuka puasa beramai-ramai, solat tarawih dan tadarus Al-Quran.
Program yang berlangsung di Pusat Islam ini memberikan impak positif seperti merapatkan hubungan silaturrahim antara staf dan pelajar ITM kerana bersama-sama memeriahkan sambutan ini. Malah sambutan seperti amat digalakkan kerana sambutan ini membuatkan kita menghormati serta mencintai bulan Ramadhan yang suci. Dengan menjalankan aktiviti seperti berbuka beramai-ramai, solat tarawih dan tadarus Al-Quran akan memberikan banyak kebaikan kepada semua.
Duduk dari kiri:
Encik Halim, (Tiada Nama) Ketua Pengawal Keselamatan, Ustaz Wan Sanusi, Encik Ahmad Tamby Kadir, (Tiada Nama), Puan Hajah Paiza Idris, Puan Rashidah, Encik Mokhtar.
Berdiri dari kiri:
Encik Seth, Ustaz Hasan, Encik Zainal Raji, Ustaz Ahmad, Ustaz Kamal, Encik Rosli, Encik Musa, Encik Nasaruddin, Encik Shaharuddin, Encik FG Thomas, Encik Hamdan, Encik Hanafi, Encik Ishak, Puan Wan Hartini, Ustazah Norazizah, Puan Azizah Dollah, Puan Grace, Encik Halim.