Sumbangan Sebidang Tanah Bagi Tujuan Pembinaan Kampus Tetap ITM Cawangan Johor
- Title
- Sumbangan Sebidang Tanah Bagi Tujuan Pembinaan Kampus Tetap ITM Cawangan Johor
- Subject
- Sumbangan Tanah
- Description
- Kerajaan Negeri Johor telah menyumbang sebidang tanah bagi tujuan pembangunan pendidikan di Daerah Segamat melalui pembinaan sebuah kampus tetap ITM di daerah tersebut. Peristiwa pembinaan kampus tetap ITM Segamat ini bermula akhir tahun 1980 di atas tanah seluas 200 hektar. Pada imej tersebut terdapat sekumpulan pekerja buruh mahir yang berkelayakkan dan berpengalaman dalam menjalankan projek pembinaan yang dirancang. Proses pembinaan ini diselia oleh Pengarah Unit Perlaksanaan Projek Turnkey, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia. projek Turnkey telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan di dalam perlaksanaan projek pembangunan pada awal tahun 80-an. Para pekerja buruh kelihatan sedang menyiapkan struktur asas bangunan ITM Segamat yang melibatkan struktur asas tapak bangunan yang dipasang dan disambung lagi bagi menghasilkan kerangka menampung beban bangunan - bangunan ITM Kampus Segamat. berdasarkan gambar ini para pekerja sedang melakukan lambakan lapisan pasir yang ditaburkan di atas lapisan asas supaya mendapatkan permukaan yang rata dan mampat untuk kerja pembinaaan konkrit.
- Creator
- Siti Nuur-ila Mat Kamal
Mohd Zul Azmi Ishak - Source
- https://fliphtml5.com/gfyzb/mvrn/Secebis_Memori%3A_Perjalanan_UiTM_Segamat/
- Date
- 1980
Dublin Core
Collection
Citation
Siti Nuur-ila Mat Kamal
Mohd Zul Azmi Ishak, “Sumbangan Sebidang Tanah Bagi Tujuan Pembinaan Kampus Tetap ITM Cawangan Johor,” UiTM Photo Memory, accessed January 31, 2025, http://uitmprepo.uitm.edu.my/memory/items/show/60.