Warga UiTM
- Title
- Warga UiTM
- Description
- Pelajar, staf akademik dan pentadiran.
Dublin Core
Collection Items
-
Carian bahan perpustakaan menggunakan kad indeks.
Katalog merupakan senarai bahan yang terdapat di dalam perpustakaan dan dilakukan oleh unit pengkatalogan sesebuah perpustakaan. -
Perpustakaan Jalan Othman, Petaling Jaya.
Suasana pelajar sedang menggunakan ruang belajar di dalam Perpustakaan Jalan Othman -
Dewan Latehan RIDA pada tahun 1961
Tuan Haji Ami bin Mohd Salleh (duduk, kiri) sewaktu menuntut di Dewan Latehan RIDA pada tahun 1961. -
Pertandingan Kesatria di Menara ITM sekitar tahun 1980 – 1985
Pada akhir tahun 1975, dua demonstrasi oleh pelajar-pelajar institut pengajian tinggi di Malaysia, termasuk ITM, menyebabkan kira-kira 200 pelajar disingkirkan dari ITM. Insiden ini mendorong ITM untuk menubuhkan Unit Kesatria pada tahun 1976, sebagai langkah meningkatkan disiplin pelajar. Pada tahun 1978, Unit Kesatria dijadikan kokurikulum wajib, di mana pelajar mesti lulus subjek ini untuk mendapatkan diploma. Pada 2 Oktober 2007, Unit Kesatria ditukar nama kepada Unit Kokurikulum, dengan fungsi baru menguruskan semua kursus kokurikulum di UiTM. -
Sejarah Universiti Teknologi Mara ITM (UiTM) Kampus Dungun
Tanggal 1 Julai 1975 menyaksikan penubuhan ITM (kini UiTM) Kampus Dungun di Sura Gate, Dungun, Terengganu. Kampus sementara ini mempunyai keluasan 17 ekar dan merupakan bekas tapak sebuah syarikat perlombongan bijih besi yang disewa dari Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Terdapat 22 bangunan kayu yang digunakan untuk pentadbiran, bilik kuliah, perpustakaan, dan asrama. Pengubahsuaian dan pembinaan tambahan dilakukan untuk menampung keperluan pelajar dan staf. Kampus tetap di Sura Hujung mula dibina pada tahun 1982 dan semua aktiviti serta penempatan pelajar dipindahkan ke sana pada 30 April 1998. Majlis peletakan batu asas kampus tetap disempurnakan oleh Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 19 Oktober 1978. Kini, UiTM Kampus Dungun telah membangunkan kawasan pantai dan seberang tasik secara berperingkat melalui beberapa fasa pembangunan. -
Perjuangan Mahasiswa Menaiktaraf ITM Kepada UiTM
UiTM atau Universiti Teknologi Mara merupakan antara institusi awam yang terulung di negara ini. Universiti ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh yang banyak memberikan sumbangan dan mengharumkan nama negara. Tan Sri Richard Malanjum, Datuk Seri Musa Aman, Yang Berbahagia Tuan Muhammad @ Mat Sabu merupakan antara ratusan pelajar yang pernah menuntut di institusi ini . -
Majlis Perasmian Perpustakaan Tun Abdul Razak
Pada 29 Julai 1972, Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein merasmikan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) di Institut Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor. Majlis tersebut turut dihadiri oleh anak beliau, Encik Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. Perdana Menteri juga menanam pokok sempena perasmian ini dan menandatangani buku pelawat. Semasa majlis perasmian, Tun Abdul Razak berucap dan beramah mesra dengan pelajar-pelajar ITM, diiringi oleh Pengarah ITM, Encik Arshad Ayub, dan Ketua Perpustakaan, Puan Rugayah Abdul Rashid. Encik Arshad Ayub turut menunjukkan pembangunan fizikal yang sedang dibina kepada Perdana Menter -
Majlis Perletakan Batu Asas dan Pengisytiharaan ITM di Batu Tiga pada 14 Oktober 1967
Ketibaan Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein yang diiringi oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Encik Ghafar Baba, disambut meriah oleh para pelajar di dalam Majlis Perletakan Batu Asas dan Pengisytiharaan ITM di Batu Tiga, Jalan Klang, Selangor pada 14 Oktober 1967. Perletakan Batu Asas Institut Teknologi MARA (ITM) di Batu Tiga telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Y.A.B. Tun Abdul Razak Dato’ Hussein dan disaksikan oleh Pengarah Maktab MARA, Encik Arshad Ayub pada 14 Oktober 1967. -
Lawatan Y.A.B. Tun Abdul Razak Dato’ Hussein ke Tapak ITM pada 11 Februari 1969
Pengarah Institut Teknologi MARA, Encik Arshad Ayub sedang berucap sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Y.A.B. Tun Abdul Razak Dato’ Hussein ke tapak Institut Teknologi MARA, Batu Tiga, Jalan Klang pada 11 Februari 1969. Lawatan ini bertujuan untuk melihat perkembangan pembinaan dan persiapan ITM. Semasa lawatan, Tun Abdul Razak juga diberikan taklimat mengenai pembangunan fizikal dan rancangan masa depan ITM.