Idea UiTM sebelum Merdeka
- Tajuk
- Idea UiTM sebelum Merdeka
- Subjek
- Idea UiTM
- Deskripsi
- Siapa sangka idea dibentang pada 1951 mampu bertahan dan berkembang menjadi universiti?
Allahyarham Datuk Onn Jaafar dan Tun Abdul Razak Hussein pada masa itu mengimpikan bangsa Melayu luar bandar mampu dan berkeinginan untuk meningkatkan sosioekonomi mereka.
Sebelum merdeka, Tanah Melayu dijajah oleh British yang membawa imigran untuk kepentingan ekonomi mereka. Orang Melayu pula dinafikan dari perniagaan, perdagangan, keusahawanan dan pendidikan.
Kebajikan imigran ketika itu mengancam kedudukan orang Melayu sebagai pribumi. Dasar pecah dan perintah British meletakkan Melayu di kampung, Cina di kawasan lombong dan pinggir bandar, dan India di ladang.
Bukan sahaja ditolak dari ekonomi moden, hak pemilikan tanah juga menjadi permasalahan bagi orang Melayu.
Konflik Melayu-Cina pada masa itu meruncing akibat dominasi Cina dalam ekonomi. Tambahan pula perbezaan budaya serta aktiviti tidak bermoral yang dibawa orang Cina menyebabkan kemarahan orang Melayu untuk mempertahankan warisan Melayu dan akidah orang Islam.
Disebabkan mereka dinafikan, pendidikan, sikap orang Melayu yang boros kerana cetek ilmu pengurusan kewangan menyebabkan berhutang dengan Cina dan India. - Pencipta
- Diyana Isamudin
- Sumber
- https://dagangnews.com/article/siapa-pencetus-penubuhan-uitm-118
- Penerbit
- DagangNews.com
Dublin Core
Koleksi
Citation
Diyana Isamudin, “Idea UiTM sebelum Merdeka,” UiTM Photo Memory, accessed 31 Januari 2025, http://uitmprepo.uitm.edu.my/memory/items/show/41.