Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 Peringkat UiTM Cawangan Selangor

Dublin Core

Title

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 Peringkat UiTM Cawangan Selangor

Description

Unit Komunikasi Korporat dengan kerjasama Unit Sukan telah berjaya menganjurkan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 Peringkat UiTM Cawangan Selangor dengan membawa tema #UCSjiwamerdeka. Tema ini diangkat sebagai tanda sokongan kepada tema kebangsaan iaitu Malaysia Madani: Jiwa Merdeka. Majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan Bin Halimi, Exco Belia, Sukan & Keusahawanan, Kerajaan Negeri Selangor, sekaligus melancarkan sebanyak 23 aktiviti yang ditakwim bagi memeriahkan Sambutan Bulan Kebangsaan bermula 1 Ogos sehingga 16 September 2024.

YB bersama-sama Rektor UiTM Cawangan Selangor, Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman dan barisan pengurusan UCS turut menyempurnakan pemasangan Jalur Gemilang di kenderaan peronda polis bantuan, serta membuat pelepasan acara fun ride dan fun walk yang disertai oleh seramai lebih 200 orang peserta melibatkan warga UCS dari empat (4) kampus iaitu Kampus Puncak Alam, Kampus Puncak Perdana, Kampus Sungai Buloh dan Kampus Dengkil, serta 8 Fakulti di UCS.

Terima kasih diucapkan kepada warga UCS yang hadir memeriahkan majlis dan menyertai aktiviti riadah yang dianjurkan.

Source

Unit Komunikasi Korporat

Date

1 Ogos 2024

Files

104.jpg

Citation

“Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 Peringkat UiTM Cawangan Selangor,” Repositori Minda Rektor UiTM Cawangan Selangor, accessed September 19, 2024, http://uitmprepo.uitm.edu.my/rektorucs/items/show/100.

Output Formats